SERONOK.
FAHAM.
YAKIN.
Itulah perjalanan anak bersama MaxMath. Belajar matematik dengan cara yang betul mengikut tahap mereka sendiri.
Mulakan dengan Semak Aras Numerasi Anak dahulu.

Adakah anak anda…
Masih belum kenal nombor dan ‘lemah’ asas tambah dan tolak?
“Setiap kali belajar matematik, dia mesti takut dan tak suka.”

Masih kira dengan jari walaupun dah lama belajar matematik?
“Walaupun soalan tambah bawah 10, dia masih kira dengan jari dan kira daripada ‘1’.”

Masih belum hafal sifir walaupun disuruh berkali-kali?
“Walaupun dah darjah 4, sifir masih tak hafal. Macam mana nak jawab periksa nanti…”

Daripada SERONOK bina KEFAHAMAN, daripada faham bina KEYAKINAN!
Begini cara MaxMath bina kemahiran numerasi anak-anak :
Seronok!
Bukan takut…

Belajar bersama guru terlatih dengan aktiviti dan bahan pembelajaran yang menarik melalui pendekatan Concrete-Pictorial-Abstract (CPA).
Faham!
Bukan hafal…

Fokus pada kefahaman konsep dan cara berfikir matematik, bukan hafalan bagi merangsang pemikiran kritis anak anda.
Yakin!
Bukan banding-banding…

Belajar mengikut aras sebenar setiap anak membina keyakinan sebenar, bukan dibanding-bandingkan atau dikejar bersama rakan yang lain.
Program MaxMath Online

1. Diagnostik
Semak aras numerasi anak dan terus berhubung dengan MaxMath melalui pautan yang disediakan selepas tamat ujian.

2. Bincang
Berbincang dengan MaxMath tentang program yang sesuai untuk anak.

3. Mula program
Terima bahan & buku modul, kelas online dan kerja rumah.

4. Laporan bulanan
Lihat perkembangan anak melalui laporan perkembangan numerasi.

5. Anak mahir matematik
Lihat anak berjaya dan yakin dengan matematik seawal 5 bulan.
Apa kata ibu bapa dan guru tentang MaxMath?
“Ramai murid gagal matematik bukan kerana lemah matematik, tetapi kerana belum diajar dengan cara yang betul.”
​Semuanya bermula di sebuah sekolah di Kuala Kangsar pada tahun 2022. Syakir Hisham, seorang bekas jurutera mekanikal yang menyertai misi merapatkan jurang pendidikan melalui Program Fellowship Teach For Malaysia. Melalui pengalaman tersebut, beliau menemui satu realiti yang membimbangkan : ramai murid Tahun 6 masih sukar menyelesaikan soalan matematik di peringkat Tahap 1.
Menyedari kekurangan sistem intervensi matematik yang efektif, beliau tekad mengambil inisiatif untuk membina program numerasi bagi membantu murid-murid beliau. Di sinilah lahirnya MaxMath—sebuah inisiatif yang dirangka khas untuk memaksimumkan keyakinan dan penguasaan matematik dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Sejak tahun 2023, MaxMath telah meluaskan jangkauannya ke lebih 100 buah sekolah di seluruh negara dengan kerjasama rakan kolaborasi seperti Teach For Malaysia, MYReaders, Micron dan Yayasan Hartalega.

107
BUAH SEKOLAH
451
ORANG MURID
91.7%
MENUNJUKKAN PENINGKATAN ARAS NUMERASI

Jom sertai Program MaxMath Online!
Mulakan langkah pertama dengan mengetahui tahap kemahiran matematik anak anda!
Selepas tamat ujian diagnostik, anda akan dibawa untuk bincang hasil diagnostik dengan Cikgu Syakir di WhatsApp.
Jumpa nanti!
Ingin berkolaborasi?
– Latihan Asas Numerasi kepada Guru –
– Program Sukarelawan –
– Tajaan Program MaxMath –











